Thursday, February 17, 2011

Legend Passola...

Semalam aku kemas2 almari...tibe trjumpela album lame2...ni gmbar aku mude2 dlu ngan abg aku....(hoho)....mse ni kteorg bergambo ngan motor yg byk berjase...yg mak aku anta g tadika..skolah rendah....nme die Yamaha Passola...pehhh..laju nih....aku curi2 bawak mse kecik dlu..tp akhirnye dapat sakit....pasal jatuh...hoho...

Mse ni aku kat umah lame lg...umah pusaka..pas tahun 2005 baru stat pindah perumahan..tp umah ni still d jaga lg...so ini sume salah 1 kenangan mse kcik2....




>>...Dlu moto ni rosak....abah aku antala kat bengkel..las2 senyap camtu jek..aku pun x ingt dah...yg aku ingt pas anta bengkel..pomen tu ckp moto ni bole siap repair dlm mse sminggu...tp las2 senyap cmtu....agaknye abah aku jual trus kot..hoho..tp klu stil ade time ni mmg syok la bawak g jalan2 pusing2 kg smbil bawak caca...^__^

Kempen Jangan Buang Bayi.....

Assalamualaikum....n ...salam sejahtera....

Seperti yg anda2 sedia maklum....tarikh 14 Februari merupekan tarikh yg dinantikan oleh kapel2 yg nak memadu kasih pade setiap tahun....walaupun dah berkali2 di ingtkan yg umat islam diharamkan untuk meraikan Valentine's Day or Hari Kekasih....Memang xtau nak kate pe dah...mmg xreti bahase btol mangkuk2 yg nak jgk meraikankan hari tu...

Dan yg gerentinye...kes2 buang bayi akan berlaku xlame lg...adoi...adoi...tlglah sedar....



>>..Arini dah Jumaat..sok cuti...tp aku stil ade keje nak wat..hoho..

Monday, February 14, 2011

10 JENIS ORANG ISLAM YANG KEJAM...

1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.

2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.

3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.

4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.

5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.

6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.

8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.

9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.

10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.


>> Yg ni pun khas ntuk dirku n anda semua....smge kite x trgolong dlm golongan org Islam yg Kejam..

>>Harini aku dok membace mcm2 artikel n ape yg aku rse sesuai aku akn kongsi kat sini..same2 kite beringat dan berhati2.

10 AMALAN YANG TERBALIK

Sempena Maulidur Rasul thn ini....aku ingin berkongsi info drpd slh seorang shbtku...
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain.

Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyediakn makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan rm20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar rm15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

>>Khas untuk diri aku n sape2 yg membacenye...same2 kite ingt mngingati....

Tabiat Yang Boleh Membuat Anda Sakit Kepala

Anda sakit kepala? Sakit kepala memang tidak selesa. Entah dari manalah datangnya tetapi jika anda meneliti tabiat anda, anda boleh mencari dalangnya.
  • Kopi – sekiranya anda sakit kepala pada waktu pagi setelah tidur lewat malam, ia mungkin menandakan penarikan kafein.
  • Komputer – berhenti setiap 20 minit untuk meregangkan leher dan belakang anda.
  • Silau – keletihan mata boleh buat anda sakit kepala. Elak keletihan mata dengan meletakkan lapisan anti-reflektif pada cermin mata dan anti-silau pada monitor anda.
  • Makan dan minum – jarak yang panjang antara masa makan boleh menyebabkan sakit kepala. Juga pastikan anda minum air secukupnya.
  • Relaks – sakit kepala cenderung menjadi teruk dalam usia 30an dan 40an anda. Ini mungkin kerana stres, tekanan dan ini adalah masa yang sibuk dalam kehidupan.
  • Ubat – sesetengah sakit kepala adalah kesan sampingan pengambilan ubat tertentu. Jangan berhenti makan ubat yang dinasihatkan oleh doctor tetapi anda sentiasa boleh bertanya andai ada pilihan lain.

Sumber drpd Laman Kesihatan

Kumpulan Spice Girls Kembali..!!!


Akhirnye kumpulan remaje yg terkenal pd suatu mase dahulu iaitu Spice Girls yg dianggotai oleh Victoria beckam,Geri Halliwell,Emma Bunton,Mellanie C n Mellanie Brown telah membuat 'come back'......mereka yg sebelom ni popular ngan lagu viva forever akan merakamkan lagu baru untuk album reunion mereka..hoho...




Spice girls....dari kiri..Geri,Victoria,Emma,Mel C n Mel Brown



Cover pose ntuk album reunion mereka


>>..Hoho....dlu aku mmg minat ngan kumpulan2 cmni...time tu kire zaman gemilang ntuk group2 cam N'sync,Backstreetboys,weslife n sbgainye...xsilap aku time tu mse darjah 5,6....trmasuk la skli ngan Spice girls..hoho

>>..Saje mngimbau nostalgia lme pasal arini tibe terdengar lagu2 lme kat radio td..hoho...sok dah ari Selasa...so last day ntuk cuti..Rabu.....selamat kembali bertugas..hoho...

Sunday, February 13, 2011

Bile stoking terlalu tebal...

Polis 1:...wehh...ade penyamun lah....tp apsal die acukan pistol die kat tiang lampu??

Polis 2:...wat xtau je wey..die ngah rehersal blakon drama kot....



Haha..ni la org cakap..klu nak myamun pun kene la cerdik...yg dok pakai stoking tebal wat bnde...kompom xnampok...hoho...


Sebenonye aku saje nak gtau kpd pempuan2 kat luar sne....klu nak kuar umah silalah pakai stoking tebal yg smpai mate pun xle nampok ape kat dlm tu..(x transparent la mksud aku tuh..hoho)...saje wat perumpamaan ngan situasi penyamun ni..sbb..klu tgk pempuan2 yg pakai stoking kbanyakanyne wane coklat jarang..n yg x pakai pun ade....jd pekate try hok ni plok...huhu..



>>..Post ni saje aku buat khas untuk kaum wanita supaye sntiase mnjaga auratnye di kaki ketika kuar umah...dgn memakai stoking...kan cantik..hoho..

>>Esok isnin....tp aku still bercuti......^___^

Motosikal yg disenarai hitamkan oleh JPJ.....

Apabila anda sedang menunggang motosikal atau memandu di jalan raye....pastikan kenderaan anda sentiase mgikut kehendak pihak berkuase......dan..apabila anda terlihat kelibat motosikal di bawah ini....silalah mnghubungi pihak JPJ dgn segera...kerana...dot...dot....dot.....




>>Di petang2 ahad cmni aku dok kat umah jek...melayan kluarga...n anak buah aku si caca ni pun ade jgk ptg ni...so riuh2 la skit umah aku ptg ni..hoho...mak ngan ayah aku puas mlayan cucu 1stnye tu....n insyaAllah coming sooon.....aku dpt anak sdare lg sorang..hoho...syukur2....t la kongsi2 skit ape yg aku buat di kala petang2 ahad cmni bersame anakanda sedara aku nih..hoho.

Knape AF x amik aku sbg peserta?

Hmm..mngenai persoalan kat atas tu.....aku pun susoh nok jwb....yelakan....npe AF xpilih koi sbg peserta ntuk musim seterusnye....koi bukannye xle nyanyi...dlu koi pengerusi persatuan koir tuhh..kire koi ni mmg calon terbaik tu...stakat nyannyi2 ni...adoi...small d pieces jela tu..(haha)...

kriteria2 yg ade kat koi yg melayakkan koi jd pserta AF...leh nyanyi(simple..haha)...mnari(stakat poco2 enjit2 semut cite mak limah koi terer..hehe)...tahan maki (hok ni lg koi ade...dlu siap kne maki pasal salah anta air time kje part time kat restoran..so koi pass la kan..kan??kan??..haha)


Tp tula...baru koi tau npe koi xdipilh msk AF ntuk musim ni....sebabnye...sebabnyeee...sebabnyeee.......koi xpenah pun g ujibakat..(hehe)...mmg kompom xle join AF punye..haha...




>>Tp tula...kpd sape2 yg tringin sgt nok masuk AF..koi nasihatkan ingt la mak ayah yg penat2 anta kite g blajo skoloh...

>>Koi ngah berkempen nih soh anak2 muda yg seusia ngan koi supaye jgn la msuk AF...pasal....bole pikir sndirik alasan2nye....hoho

**Nota Kaki

.....Perenggan kat atas tu merujuk kepada ENCIK DHARMA (click sini)yg ingin sgt nok masuk AF setelah beliau popular kerana kisah mistiknye bercerita time koma n bukan merujuk kpd Sy.Safwan yek..hehe....
(gambar diatas hanye lakonan semule....kang takot Makcik i marah plak kate i nak msuk AF.haha)

Friday, February 11, 2011

Jangan Pandang Belakang.....(JPB)

Hampeh pye player...klu ye pun dah xtahan jgn chuuss kat situ jek...hoho..


>>Pagi2 bute ni aku still xle tdo...agaknye sbb mrindui seseorg kot..haha....yg kompomnye...pas subuh kang kompom aku x sedor tdo dah...haha...

>>Nsb bek la pg ni pg sabtu yg indah ntuk bercuti..haha..kpd sesape yg kne keje ari sabtu aku mngucapkan selamat pegi keje yek..hoho

Kisah berpraktikal...Pt. 1

Alhamdulillah...dah dkt 8 bln aku keje...b4 ni aku berkesempatan berpraktikal kat Bufori Motor Car Company (M) sdn bhd....kepong,KL...mulenye mmg ramai yg xtau kewujudan cmpany nih...mse aku dpt offer letter ntuk brpraktikal mmg ramai yg xtau cmpany pe ni tp bg budak2 automotif mmg tau la cmpany ni buat ape...

aku pun time tu ngan final projek pun xsetel2 lg men sapu jela offer yg ade...pasal pasni xyah pikir dah nak cari tmpat berpraktikal..so bole trus fokus ntuk final projek...aku stat join company ni bln Jan 2010...time tu mmg kelam kabut skit ngan umah sewa xdpt2 lg...n alhmdulillah adela membe abg aku yg sudi bg aku lepak kat umah sewa die slame 6 bln...kat Gombak...so prjalan dr umah ke tmpat keje lbe kurang 15-20 minit pasal aku slalu gerak dr umah kol 8.00 pg n sampai kat tmpat keje dlm kol 8.20..scan id kad n stat keje kol 8.30 pg...(tp time tu aku besenye bce paper dlu..dlm kol 9 br stat wat keje pasal supervisa aku slalu msk keje dlm kol 9.30pg..hoho)

ari 1st prktikal aku siap dtg pakai kemeja ngan tie...mmg semat gile ah...tp last2 supervisa aku soh cabut tie n esok pakai t-shirt kolar je..hihi...lantak la..haha..Tp yg bestnye mmg aku rse aku bukan trainee time kat sini..rse mmg dah fully buat keje engineer..kbetulan time tu ade sorang je engineer...so aku n sorang lg bdk trainee secare x rsminye jd engineer..huhu...Company ni sbnrnye buat kereta klasik a.k.a antik n yg speselnye.....fully buatan tgn...xgne robot2...stat dari design>buat chassis>buat body>spray(painting)>trim & final sume manually operated......dan skrg just ade 2 model yg still dibuat....MKIII or La Joya n MKVI or Geneva n still in RnD Bufori E-type or Bufori CS (Compact sport)...yg bertuahnye,ketiga2 model ni ade hasil keje aku selame 6 bln berpraktikal..hoho..



Salon car, Bufori MKVI (Geneva)-Name di amik sempena 1st exibition kat Geneva,Swiss.


Bufori MKIII (La Joya)


Bufori show room


BMS R2(E-Type)-compact sport(CS) car-still in RnD



Meja aku....


  • Byk bnde aku blajar kat sini,so trime kasih la kat sifu2 Michael,Felix,Rao,Panel,Madi,Baskaran,Azmi,Zainal,Simon,Lim,Radzi,Vincent (sape2 yg bace ni mmg xkenal pun sape dieorng ni..tp aku nak gak gtau pasal mmg byk la dieorg tlg aku slme 6 bln tu)....n xlupe kpd ex-bos aku Mr Gerry Khoury n his daughter,Julie ann.
  • Aku abis berpraktikal time 18hb Jun 2010..pastu setel2 sume repot,submit n stat mncari keje wlupun aku telah di offer kje kat sni tp aku xle tahan la dok kat kl..duit kuar cam air n rse xaman ..so akupun kembali la mncari keje kat tanah air trcinta..hoho..
  • T la aku smbung cite serba sdikit keja2 pembikinan kete kat Bufori nih...

Thursday, February 10, 2011

Nafsu Binatang!!!

Org slalu kate yg klu kes2 x baik ni selalu dilakukan oleh org yg bernafsu binatang...tapi..taukah korang sume kenape sume kes2 x baik ni dikaitkan ngan 'nafsu binatang'?...


Aku pun xpaham ngape org kaitkan ngan nafsu binatang..kire klu aku wat equation nye cmni


Org xbaik = Bernafsu Binatang...

Sehinggalah aku terjumpe gmbo kat bwh ni...barulah aku paham cmne nafsu binatang tuuu..hoho




>>So btol la perumpamaan tu...jd...jgn la ade nafsu binatang...hoho

Wednesday, February 9, 2011

Rupa sebenar Cikgu Kakashi....

Klu korang peminat cite Naruto..mst korang tertanye2 cmne la agaknye rupa sebenar Cikgu Kakashi.(Hatake Kakashi).yg mempunyai mate sharigan...emm..si cikgu ninja yg sentiase mnyorokkan rupa nye ngan topeng paras idung...Setelah beratus2 episod Naruto, si cikgu ni masih belom mendedahkan keseluruhan mukenye kpd umum..knape agaknye yek??..koi pun xtau .hoho


Jadi..arini aku akan buat pendedahan ekslusif rupa sebenar si cikgu ninja ni...setelah bertahun2 dpujuk akhirnye si cikgu ninja ni telah akur dgn kehendak umum yg memang gile2 nak tgk rupe sebenar di sebalik topeng paras idungnye itu.....


maka...ni la rupe sebenar...


rupe sebenar cikgu Kakashi.....


The biggest secret about Hatake Kakashi is finally revealed......


ohoho...




>>...haha...rupenye cikgu kakashi asal org pekan pahang upenye...^___^

Pengemis kat London...

Klu kat Malaysia kompom xjumpe pengemis style cmni..still mnjaga penampilan n tatasusila..hoho...






>>...Pikir2 kan...adekah pengemis tmpat kite mmg sekadar mgemis dan mengharapkan bntuan ,bndingkan pengemis d sana yg mengemis tetapi pengemis dgn penuh bermaruah.

Ade suatu Kisah....


Sebenarnye xdok kisah pun.....just after this, there are several entries relating to my niece...so...she wants to says hi to all of u and please enjoy her life journey..


Sebab die la aku eksiden...!!!!!

Namaku Dharma..(bukan nama sebenar)...aku sekarang terlantar koma kat Hospital Sg Buloh..(aku pun xpaham cmne time aku koma sempat lagi wat press conference cmni..hihi)..Peristiwa hitam yg berlaku pd aku last week ialah...aku eksiden....(korang kat luar tu kompem akan cakap....'ce citer..ce citer'...hehe)..Maka aku pun sudi mnciterkan detik2 cemas itu...huuhh...begini citernye...


Sabtu,5 feb 2011...aku g jenjalan bersame membe2 (4 org sumenye)..seangkatan ke Mid Vallieey ntuk lepak2 nonton wayang...dlm perjalanan..kami bergalok sakan,berborak dlm kete sampai aku pun xtau dah aku borak ngan sape antare 4 org membe aku tuh..aku tgk sume bercakap..aku pun cakap la...time tu aku yg drive...mklumla...kete baru bli...bunyi hon skit..pinn pinn!! ..hoho....maka detik cemas bermula di sini.......time elok2 bising dlm kete..tibe2 kami semua terdiam sebab ade .......



awekkkkk di tepi jalaannn......yg smbil itu berkate......



maka..kami dgn spontannyeeee......



Nah ambekk ko...aku bahan sebuah teksi yg tbe2 trus terbabas kat dinding hgway...mampus kene maki ngan apek driver teksi tuh...pehhh...ayatnye sungguh makan dlm...'aiyaaa..lu olang nampak awek tepi jalan trus lu langgar gua..aiyaaa!!'...



Jadi sedar2 je aku dah terlantar koma..(cmne aku sedar yg aku koma ek??hihi)...jd pesanan aku...jgnla pandang tepi untuk tgk awek ketika memandu kerana dirimu begitu bharga....

Nota Kaki
*setelah 2 mggu terlantar koma...Dharma telah kembali sedar dan segera mnceritakan peristiwa mistiknye 'berceriter time koma' kat Majalah Mastika....huu

Tuesday, February 8, 2011

Itu Seluar dalam bapak laaaa!!!!...


**..Bagi bapak2 di luar sne..jgn la letak seluar 'tuuttt' kat merata2..takut ade anak2 anda mnjadikan seluar 'tuutt' anda sebagai uniform superhero...hehehe...

**....Adoi....ni klu skali pandang mmg xpasan...tp 2 kali pandang baru la pasan..hehehe...

Selamat Balik Kerja..=)

Monday, February 7, 2011

Akibat Seks Bebas...

Inilah akibatnye klu mengamalkan seks bebas...hahaha


*..Ni klu membe2 tegur 'cantiknye stokin belang' ko....kompem berase ati..haha

*..Hari2 kene ceria...=)

Kenapa Saya gagal Maths??





*Sape2 yg jd cikgu maths kompom berenti keje klu ade student yg jwb cmni time spm...kakakaka..

Sunday, February 6, 2011

Awaken all five senses with #5Gumcomesalive and play the game! Rush against the clock as you solve the riddle and make your way to the top of the lead

Awaken all five senses with #5Gumcomesalive and play the game! Rush against the clock as you solve the riddle and make your way to the top of the leaderboard.

Are you looking for some exquisite that will impress your other half? Well, you've come to the right place. @Jipaban can surprise you with a lot of go

Are you looking for some exquisite that will impress your other half? Well, you've come to the right place. @Jipaban can surprise you with a lot of goodies in their online shopping mall.

Thursday, February 3, 2011

Pelan Pendidikan Nasional..



Aku terjumpe bende ni kat tenet time tgh search pasal keje..mmg kreatif...so aku pun trdetik nak bg ulasan drpd diri aku sndiri pasal bnde ni......pehh...makayah penat2 support mcm2 soh anak die belajar, tp xkan hasilnye cmni??xberbaloi wehh...

Bygkan kos blnje makayah tggung ntuk anak die kat skolah rendah shj stat drjah 1 smpai 6 = RM ribu2++....skolah menengah pon = RM ribu2 ++....matrik+diploma+ijazah lg la RM riburiburiburibu++++...tp klu anaknye tetap nak masuk akademi ....sgt la rugi...penat2 masuk Universiti...nak jgk masuk akademi je..adoi...

Aku ingt cepat2 la akademi ni tutup.. jgn sampai tahap akademi ni di naik taraf jd Universiti plak..alamatnye..abis lingkup la...

So..pesanan kpd sape2 yg terdetik ati nak apply msk akademi ni...plis la ingt makayah dlu..tp klu makayah pun support jgk anak die masuk akademi ni..baik dieorg xayh membazir duit anta anak g blajar skolah dulu2..huuu....

ikhlas drpd,
aku..

Berehat seketika....

Akhirnye..saat2 yg aku tggukan dah tiba...berehat kat atas kusi urut smbil berangan(masuk duit 10 hinggit kat dlm kusi ni bole wat aku ttido jwbnye)...huuu..dah penat keje...moh kite berehat...badan kene rehat...cuti pun nak dekat dah....kne plan smeting ntuk 5 hari cuti....dpt g mlancong pun best...tp xplan lg daa mne destinasi yg nak d tuju..ngan cuaca pun xmenentu..kejap ujan..kejap panas.....dpat pegi tmpat2 yg nyaman n tenang cam kat bawah ni pun sodap jgk...aiii...ngan kete x servis lg..camne nak jalan jauh ni..


*..aku ni mmg kuat bjalan..time cuti je kompem lesap....mak aku soh dok umah aku wat dek je..hehe.

*..Hargai la cuti sebaik2nye...pasal....tu je la time ntuk jalan2...klu x...nyesal la..

*..Tempat yg aku nak pg sgt.......Pulau Tioman...wlupun dok kat Phg..tp xpnh lg smpai ke sne..tp xkan nak pg time2 musim tgkujuh cam ni kot...cam cr nahas jek....kene wat smule la takwim melancong ntuk thn ni....bajet ade...jalan....klu xde bajet...dok umah jela....haha...

*..Aku ni pun jenis wat plan last minit...klu plan awal2 kompem x jd..arrrgghh..slalu cmtu..................jd klu arini rse nak g bercuti..mlm ni jgk aku plan...sok jalan...

Berbalik smule ke kusi urut td..huuu..lega...sonok kne urut...next week aku dtg lg cari kusi nii...(nak bli xmampu..haha)..